Keputusan tak rasmi pemilihan PKR mungkin berubah – Zaliha

Keputusan tak rasmi pemilihan PKR mungkin berubah – Zaliha

Keputusan tidak rasmi pemilihan barisan kepimpinan baharu PKR mungkin akan berubah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR. Dr. Zaliha Mustafa berkata, bagi mendapatkan keputusan pemilihan yang telus pihaknya telah menerima cadangan supaya mengunakan khidmat pakar digital.

“Panel Aduan Pemilihan Keadilan 2022 akan terus meneliti aduan-aduan yang diberikan oleh anggota anggota parti melalui saluran rasmi JPP 2022 dan Panel Aduan JPP 2022 telah mencadangkan beberapa cadangan tindakan yang mungkin boleh mengubah keputusan tidak rasmi tersebut.

“Bertitik tolak dari cadangan Panel Aduan, JPP 2022 telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat pakar digital yang kepakaran mereka adalah untuk melaksanakan audit secara menyeluruh terhadap sistem yang dibangunkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan pakar digital tersebut kini sedang bertungkus lumus untuk memenuhi garis masa yang telah ditetapkan.

Zaliha berkata, pihaknya berpuashati dengan kemajuan kerja juruaudit pakar digital yang dilantik.

Mereka yakin bahawa dapatan yang akan dikemukakan oleh kumpulan itu kelak akan dapat memberi penjelasan kepada persoalan-persoalan serta kecelaruan pemahaman yang timbul dan ditimbulkan oleh pengadu.

“Sehubungan itu, JPP 2022 memerlukan sedikit masa lagi untuk tujuan ini sebelum memberikan senarai pemenang-pemenang Pemilihan Keadilan 2022 di peringkat pimpinan Keadilan cabang, Wanita Keadilan cabang dan Angkatan Muda Keadilan cabang.

“Serta di peringkat pusat yang sudah dimuktamadkan dan rasmi kepada Pejabat Setiausaha Agung untuk tujuan memuktamadkan perwakilan-perwakilan yang akan hadir ke Kongres Nasional,” katanya.

Keputusan tidak rasmi bagi peringkat cabang dan pimpinan utama Majlis Pimpinan Pusat telah diumumkan pada 29 Mei lalu.

Pemilihan PKR mendapat aduan termasuk daripada bekas pembantu Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang menuntut audit forensik dijalankan ke atas keputusan pemilihan parti.

Ini kerana beliau mendakwa wujud percanggahan antara jumlah undi dikira dan pengundi.

Farhash membantah keputusan “tidak munasabah” undian secara fizikal dan dalam talian di bahagian PKR Gombak.

“Pihak saya mempunyai bukti dan dokumentasi kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi dengan gesaan untuk parti menjalankan audit forensik terhadap sistem keputusan dan kaedah pelaksanaannya,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Beliau mendakwa, berdasarkan keputusan yang disiarkan di laman sesawang PKR, jumlah undian dikira tidak sama dengan jumlah pengundi. MG

Keputusan tak rasmi pemilihan PKR mungkin berubah – Zaliha


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker