Menang Tanjung Bidara, menanglah Masjid Tanah

masjid

DARIPADA keseluruhan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, kerusi Tanjung Bidara boleh dianggap sebagai ‘pusat graviti’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Semua mata dan telinga pastinya menanti-nantikan keputusan, siapakah pemenang kerusi bernombor ‘N02’ itu?

Ada pihak yang menggelarkan pertembungan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di DUN berkenaan sebagai perlawanan antara sifu dengan anak murid, king and queen (raja dan ratu’ dan beberapa lagi perumpamaan senada dengan maksud tersebut.



Namun, hakikatnya adalah, kemenangan di kerusi berkenaan bakal menjadi cerminan, parti manakah yang bakal diberi mandat oleh pengundi untuk terus memegang Parlimen Masjid Tanah.

Jika Mas Ermieyati menang di Tanjung Bidara, boleh dikatakan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Masjid Tanah itu mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Parlimen disandangnya untuk penggal ketiga.

Tetapi seandainya Ab. Rauf Yusof berjaya mempertahankannya daripada dirampas Perikatan Nasional (PN), UMNO pula boleh melakar senyuman memandangkan Masjid Tanah bakal kembali ke riba.

Dengan bahasa mudahnya, menang Tanjung Bidara, maka menanglah Masjid Tanah.



Mas Ermieyati mula memenangi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas diberikan mandat oleh Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan penyandang, Tan Sri Dr. Abu Seman Yusop.

Pada PRU-14, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu sekali lagi berjaya mempertahankannya dengan majoriti cemerlang 8,159 undian, namun atas tiket BN.

Bagaimanapun, pada Disember 2018, beliau disahkan menyertai Bersatu selepas menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Bersatu ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. – UTUSAN

Menang Tanjung Bidara, menanglah Masjid Tanah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin tiada faktor ‘wow’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker