Lelaki bunuh, makan daging manusia bersama minuman keras

Lelaki bunuh, makan daging manusia bersama minuman keras

WILAYAH AUTONOMI YAMALO-NENETS, RUSIA – Seorang pembunuh kanibal dari Rusia yang memakan daging mangsa-mangsanya bersama minuman keras dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Vladimir Yadne, 32, dilaporkan menikam tiga mangsa sehingga mati sebelum memakan daging mentah mereka di sebuah kawasan perkampungan di Gaz-Sale.

Menurut fakta kes, tertuduh menemui seorang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan-jalan ketika pulang ke rumah selepas membeli minuman keras.

Dia kemudiannya bertengkar dengan kedua-dua mangsa sebelum membunuh mereka dalam kejadian pada 6 Mac lepas.

“Tertuduh membuat keputusan untuk merasa daging mentah manusia yang baru dibunuh.

“Dia mempunyai minuman keras bersamanya, dan minum sambil memakan daging mangsa,” kata Ketua Jabatan Keadilan Jenayah Wilayah Autonomi Yamalo-Nenets, Inna Nosova.

Hubungan antara tertuduh dengan kedua-dua mangsa tersebut bagaimanapun tidak didedahkan selain senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa-mangsa turut tidak dijelaskan.

Menurut fakta kes, tertuduh kemudiannya membunuh seorang lagi mangsa sebelum turut bertindak memakan dagingnya.

Polis menemui mayat mangsa ketiga di lokasi berbeza daripada dua mangsa sebelumnya. Tertuduh ditahan beberapa jam selepas itu dan mengaku membunuh tiga individu terbabit.

Dia turut menjalani ujian psikiatri disebabkan corak pembunuhannya, namun disahkan berada dalam keadaan waras ketika membunuh dan memakan daging kesemua mangsa. K Online

Lelaki bunuh, makan daging manusia bersama minuman keras


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker