Lelaki putus cinta menangis berguling-guling

Lelaki putus cinta menangis berguling-guling

JAKARTA – Sebuah klip video memaparkan aksi seorang lelaki yang menangis teresak-esak kerana ditinggalkan kekasih menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati malah, ada yang kagum atas ketulusan hati lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang dikongsikan, lelaki tersebut pada awalnya kelihatan sedang bercakap dengan kekasihnya menggunakan telefon bimbit di atas sebuah kapal.



Bagaimanapun, ekspresi wajahnya secara tiba-tiba berubah apabila kekasihnya meminta untuk memutuskan hubungan mereka sehingga menyebabkannya menangis dan meraung.

Dia turut berguling di atas lantai dan merayu agar teman wanitanya tidak mengakhiri hubungan mereka.

“Saya tidak mahu putus, saya tidak mahu putus,” kata lelaki tersebut sambil menangis.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai nasihat kepadanya.



“Jangan lemah sahabat. Rajin-rajin bekerja dan cari wang, pasti akan mudah temui pengganti. Kamu hanya perlu memilih yang mana satu sahaja,” kata seorang netizen.

“Begitulah perasaannya apabila kamu jatuh cinta dengan tulus, namun disia-siakan,” kata seorang lagi. K Online

Lelaki putus cinta menangis berguling-guling


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker