#PRNMELAKA2021 : JIWA RAUF SENTIASA INGIN MEMBANTU MASYARAKAT – CIKGU DOLAH

Oleh BamJekk

‘Dia (Rauf) sentiasa berdamping dengan masyarakat, itu lah yang saya nampak (lihat) dalam dirinya sejak dari bangku sekolah lagi dan semasa dibangku sekolah itu, jiwa(Rauf) yang selalu membantu kawan-kawan’ katanya Cikgu Dolah.

Selain itu beliau sentiasa membantu masyarakat walaupun beliau bukan sesiapa (bukan YB) dan sentiasa membantu jika ada rakyat yang memerlukan pertolongan beliau.

Cikgu Dolah merupakan guru kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika beliau berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah.

Rauf yang juga calon Barisan Nasional (BN) N.02 Tanjung Bidara menawarkan diri dalam pilihanraya negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut Cikgu Dolah, Rauf datang kepada beliau ketika berada dalam masalah berkaitan hakisan pantai yang teruk berlaku di hadapan chalet milik beliau dan beberapa pengusaha lain di pantai Kampung Pengkalan Balak disini.

Katanya, pada ketika itu hakisan sangat teruk dan dia datang menawarkan pertolongan untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya dan beberapa pengusaha chalet lain berlapang dada serta amat bersyukur dengan tawaran itu.

‘Rauf berkata kepada kami bahawa dia akan mengusahakan tambakan laut ini dengan kerajaan negeri dan selepas itu tidak beberapa lama projek tambakkan pantai dilaksanakan.

‘Syukur… tambakkan ini telah menyelesaikan masalah kami di pantai ini dan saya amat berterima kasih kepadanya walaupun dia ketika itu bukan sesiapa serta menolong kami tanpa mengharapkan balasan’

Sehubungan dengan itu, tambakkan laut ini kira-kira 700 meter panjangnya dapat memberi manfaat kepada pengusaha chalet dan juga nelayan di kawasan pantai Pengkalan Balak.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker