#PRNMelaka : Kenapa pengundi Sungai Udang hanya kenal Cikgu Ali?

Oleh Wahida

Jika ditawarkan pilihan mana-mana calon tempatan dari pelbagai parti untuk bertanding di Sungai Udang, nampaknya nama Cikgu Ali sentiasa saja disebut-sebut. Pengundi di Sungai Udang seolah-olah telah menunggu sekian lama agar Cikgu Ali bertanding walaupun beliau telah berkecimpung dalam politik lebih dari 25 tahun.

Nama Idris Haron terus tenggelam walaupun beliau pernah menjadi Ketua Menteri Melaka, namun Cikgu Ali sentiasa di bibir mereka.

Memandangkan harapan yang tinggi diberikan penduduk Sungai Udang kepada Cikgu Ali untuk menaburkan khidmat bakti kepada mereka setelah dikecewakan Idris Haron, manifesto peribadi dari calon Barisan Nasional (BN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad atau Cikgu Ali telah menjanjikan 14 perkara.

Fokus utama bagi Cikgu Ali adalah isu penduduk yang terpinggir yang bukan tinggal di dalam DUN Sungai Udang. Ia bermula apabila beberapa taman perumahan dan kampung telah digazetkan sebagai kawasan di bawah daerah Alor Gajah di dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2018.

Namun mereka masih lagi pengundi DUN Sungai Udang.Oleh itu jika diberi mandat nanti, beliau bersedia membantu apa jua masalah dari aspek kebajikan dan bantuan yang dihadapi mereka yang terlibat. Di antara yang terlibat adalah Taman Indah, Taman Terendak Heights dan Perkampungan Tanah Merah.

Bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat Sungai Udang, isu-isu lain yang sering dibangkitkan penduduk tempatan adalah kemudahan jalan raya, fasiliti kesihatan dan pendidikan.

Perhatian untuk kepentingan golongan muda telah mendapat keutamaan Cikgu Ali juga. Di antara permintaan golong muda di Sungai Udang adalah mengkhendaki satu kawasan sebagai mini stadium untuk mereka melakukan aktiviti sukan. Seterusnya, peluang-peluang pekerjaan dengan mengadakan satu projek infra akan diusahakan untuk anak-anak muda tempatan memandangkan terdapat satu penapisan minyak Petronas di Tangga Batu.

Apabila Cikgu Ali berkongsi maklumat samada mengenai pembangunan mahupun masalah penduduk Sungai Udang, beliau didapati mengetahui secara terperinci setiap masalah di kawasan di Sungai Udang. Inilah yang sebenarnya dikehendaki pengundi Sungai Udang dan kerana itu juga, hanya nama Cikgu Ali saja yang dikenali mereka untuk diberi kemenangan pada 20 November nanti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker