#PRNMelaka : Undi awal – Ejen Calon PH Lendu tidak ikut peraturan SPR

Sebaran :

Oleh Wahida

Kecoh saja yang boleh diharapkan tapi sebenarnya ejen calon Pakatan Harapn Dun Lendu tidak ikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ejen yang mewakili Muhammad Asri Ibrahim disekat dari memasuki kawasan Pusat Pengundian Awal (PPA) di Balai Polis Masjid Tanah apabila didapati tidak memiliki surat lantikan SPR dan tidak membawa dokumen yang mencukupi.

Larangan itu telah dikeluarkan Ketua Tempat Mengundi (KTM) Mohd Amar Harun sebelum pukul 8 pagi tadi dan menyebabkan ejen Asri Ibrahim hanya dibenarkan masuk ke pusat pengundian kira-kira dua jam selepas selesai mendapatkan watikah lantikan daripada SPR di Pejabat SPR Alor Gajah.

Asri Ibrahim telah mengambil tindakan membuat laporan polis dengan alasan haknya sebagai calon PRN Melaka di DUN Lendu dinafikan dan menjaga kepentingan beliau sebagai calon sah.



Sememangnya pelik sikap calon PH ini memandangkan beliau tidak mengetahui peraturan SPR yang telah digariskan dan sepatutnya diketahui. Sebagai seorang calon yang bertanding, seharusnya ada jawatankuasa pilihanraya Pakatan Harapan yang akan membuat sesi penerangan khas kepada bakal-bakal calon segala peraturan SPR. Agak memeranjatkan apabila calon PH di Lendu ini tidak mengetahui bahawa sememangnya surat lantikan SPR untuk agen-agen calon perlu diperolehi.

Lagipun, proses pengundian masih mempunyai masa yang lama lagi. Melainkan jika ketika proses pengiraan undi, ejen Asri disekat SPR tanpa apa2 sebab, mungkin ia boleh dianggap satu kesalahan. Oleh itu, laporan polis yang telah dibuat Asri Ibrahim di Balai Polis Masjid Tanah itu, bolehlah dibakulsampahkan sahaja.

Hari ini sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup pada pukul 2 petang ini. Sebanyak lebih kurang 86 peratus pengundi awal sudah tunai tanggungjawab setakat 4 petang.


Sebaran :

Leave a Reply