Gerhana bulan separa terpanjang 19 November ini

Gerhana bulan separa terpanjang 19 November ini

WASHINGTON – Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan bahawa gerhana bulan separa terpanjang diramalkan berlaku pada 19 November ini selama 3 jam 28 minit dan 23 saat, lapor laman metro UK semalam.

Gerhana itu dijangka bermula kira-kira pukul 3.19 petang (waktu tempatan) dengan kemuncaknya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) dan berakhir pukul 6.47 petang (waktu tempatan).

Gerhana bulan separa berlaku apabila bayang-bayang bumi meliputi 97 peratus bulan mengambang. Sebelum ini, gerhana paling panjang berlaku pada 2018 dalam masa 1 jam 43 minit.

Gerhana kali ini juga akan menjadi gerhana bulan separa terpanjang dalam tempoh 580 tahun, demikian menurut balai cerap Holcomb di Universiti Butler, Indiana.

Gerhana ini akan dapat dilihat di Amerika Utara dan Lautan Pasifik, Alaska, Eropah Barat, timur Australia, New Zealand serta Jepun. K Online

Gerhana bulan separa terpanjang 19 November ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker