#PRNMELAKA2021 : AHMAD MASLAN YAKIN BN MAMPU MENANG DENGAN LEBIH SELESA

Oleh Ustaz Jeff

Tinggal tiga hari lagi sebelum hari pembuangan undi PRN Melaka pada 20 November ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sentimen rakyat terhadap nampak lebih positif berbanding biasa.

“Saya merasa gembira kerana segala apa yang kita rancang untuk memenangi pilihanraya ini berada pada landasan baik dan kita berharap UMNO dan barisan Nasional diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat dan pengundi negeri Melaka atas dasar bahawa kita telah melaksanakan tugas pemerintahan dengan baik ketika zaman dan era Barisan Nasional.



”Pengundian awal hari ini peratusan keluar melebihi 80 peratus dan itu adalah petanda baik bahawa mereka ingin mengguna kuasa demokrasi yang ada bagi menentukan pemerintahan yang ada. Saya kira rakyat tidak gemar kepada perubahan yang mendadak dari segi pemerintahan ini, dalam masa tiga tahun kita tiga perdana menteri, dua ketua menteri, dalam masa tiga tahun banyak perubahan-perubahan yang berlaku dari segi pemerintahan jadi saya kira rakyat perlukan kestabilan, itu yang penting.

“Kestabilan ini memerlukan kemenangan yang besar dan harapan kita Barisan Nasional boleh memenangi dua puluh kerusi atau lebih supaya kita dapat kemenangan dua pertiga majoriti.” Katanya ketika ditemui di Villa D Acqua petang tadi.

Beliau turut menasihatkan pengundi untuk keluar beramai-ramai pada 20 hari bulan nanti dan dapat keluar awal kerana cuaca yang tidak menentu sekarang.

Link Youtube :



https://youtu.be/6o7X-ix-6t8

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker