Gerai Kuih Bajet, pelanggan rambang mata

Gerai Kuih Bajet, pelanggan rambang mata

RAMBANG mata. Itulah yang akan dialami oleh setiap pelanggan yang singgah di Gerai Kuih Bajet RM1 – RM2 di Jalan Sarawak, Kuala Perlis.

Mana tidaknya, masing-masing sukar untuk membuat pilihan kerana terdapat puluhan jenis juadah makanan dijual di sini.

Bukan sahaja semuanya nampak menarik dan sedap tetapi harganya murah menjadikan pelanggan lebih tidak karuan.

Jika berbekalkan RM10 pun sudah boleh membeli bermacam-macam jenis juadah.

Bagi tuan punya gerai, Aris Mat Hasan, 60, setiap hari lebih 60 jenis juadah dijual.

“Paling banyak adalah kuih-muih dan di sini juga ada dijual kuih yang jarang dibuat seperti jongkong yang rasanya seperti cendol dan ia juga diminati pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, juga dijual donut dalam pelbagai dan juga kek madeline yang popular tahun 1970-an.

“Pelbagai pilihan laksa seperti laksa Siam dan laksam juga boleh dibeli di gerai bajet ini,” katanya yang dibantu oleh anaknya, Muhamad Arizal, 30.

Aris berkata, peminat nasi khomok Siam boleh mendapatkan juadah itu dengan harga RM2.

“Bihun dan mee goreng juga ada dan siapa yang nak cuba laksa goreng yang memang terkenal di Kuala Perlis, mai sini,” katanya.

Pesara polis ini memberitahu, beliau mula berniaga kuih bajet sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, setakat ini sambutan dari pelanggan memang menggalakkan.

Katanya, gerainya dibuka mulai pukul 12 tengah hari hingga 6 petang dan tutup pada Sabtu. SM

Gerai Kuih Bajet, pelanggan rambang mata


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker