Pfizer, BioNTech, Moderna dianggarkan untung AS$65,000 setiap minit

Pfizer, BioNTech, Moderna dianggarkan untung AS$65,000 setiap minit – Analisis

Pfizer, BioNTech dan Moderna dikatakan meraih keuntungan dianggarkan AS$65,000 setiap minit daripada jualan vaksin COVID-19 dihasilkan syarikat berkenaan, menurut satu analisis baharu.

People’s Vaccine Alliance (PVA) – sebuah perikatan berkempen supaya akses terhadap vaksin COVID-19 diperluaskan – membuat kiraan itu berdasarkan laporan pendapatan firma terbabit.



PVA mendakwa syarikat berkenaan menjual sebahagian besar daripada dos vaksin itu kepada negara kaya, sekali gus membiarkan negara miskin terkapai-kapai.

Pakatan itu menganggarkan tiga syarikat terbabit bakal mengaut keuntungan sebelum cukai berjumlah AS$34 bilion, tahun ini, yang bermakna lebih AS$1,000 setiap saat, AS$65,000 setiap minit atau AS$93.5 juta sehari.

“Adalah tidak wajar untuk sekadar beberapa syarikat mengaut keuntungan berjuta-juta dolar setiap jam, manakala hanya dua peratus penduduk di negara berpendapatan rendah yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19.

“Pfizer, BioNTech dan Moderna telah menggunakan monopoli mereka untuk mengutamakan kontrak yang paling menguntungkan dengan kerajaan terkaya, serta membiarkan negara berpendapatan rendah pula tersisih,” dakwa Maaza Seyoum daripada Perikatan Afrika dan PVA Afrika.



PVA mendakwa, Pfizer dan BioNTech menyalurkan kurang satu peratus daripada jumlah bekalan mereka itu kepada negara berpendapatan rendah, manakala Moderna pula hanya 0.2 peratus.

Ketika ini, 98 peratus penduduk di negara berpendapatan rendah dilaporkan masih belum lengkap vaksinasi.

Walaupun menerima pembiayaan awam lebih AS$8 bilion, PVA mendakwa bahawa Pfizer, BioNTech dan Moderna telah enggan memenuhi permintaan supaya memindahkan teknologi vaksin kepada pengeluar di negara berpendapatan rendah dan sederhana melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) – ‘langkah yang dilihat mampu meningkatkan bekalan global, menurunkan kadar harga dan menyelamatkan berjuta-juta nyawa’.

Justeru, PVA yang dibarisi 80 ahli termasuk Perikatan Afrika, Global Justice Now, Oxfam dan Program Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai HIV/AIDS (UNAIDS), menyeru syarikat farmaseutikal agar segera menggantung hak harta intelek bagi vaksin COVID-19. BH



Pfizer, BioNTech, Moderna dianggarkan untung AS$65,000 setiap minit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan



Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker