Lukisan termahal dunia bukan karya Leonardo da Vinci
MADRID: Sebuah muzium di Sepanyol menurunkan taraf lukisan paling mahal yang pernah dijual kerana mendakwaia bukan dihasilkan oleh Leonardo da Vinci, sebaliknya artis tersohor itu hanya ‘mengawasi’ karya seni itu.
Lapor Daily Mail, lukisan Salvator Mundi yang menerima jolokan sebagai ‘Mona Lisa lelaki’ dipasarkan sebagai hasil lukisan da Vinci semasa lelongan di Christie pada 2017 dan dijual pada harga 342 juta pound (RM1.91 bilion).
Museo Nacional del Prado yang merupakan muzium seni kebangsaan Sepanyol terletak di tengah Madrid menurunkan taraf lukisan itu dengan menjelaskan ia hanya ‘dikaitkan, dibenarkan atau diawasi’ oleh da Vinci.
Persoalan mengenai keaslian lukisan itu didedahkan dalam katalog yang dihasilkan untuk pameran ‘Leonard and Copy of the Mona Lisa‘.
“Terdapat beberapa waktu menyaksikan da Vinci berdepan kesukaran untuk melukis kerana sikap terlalu sempurnanya,” menurut katalog itu.
Karya tersebut pernah dibeli pada 2005 dengan harga hanya AS$1,175 (RM4,886) oleh pembekal seni dari New York dan disimpan di Amerika Syarikat (AS).
Beberapa pakar dari Britain mengesahkan lukisan itu sebagai karya da Vinci yang sudah lama hilang dan dipersembahkan di Galeri Nasional London pada 2011 sebelum dibeli oleh ahli perniagaan Rusia dengan AS$127.5 juta (RM530 juta), dua tahun kemudian.
Lukisan itu kemudiannya dijual sekali lagi pada harga AS$450 juta (RM1.87 bilion) semasa lelongan di Christie, New York sekali gus memecah rekod sebagai karya seni paling mahal pernah dijual semasa lelongan awam.
Secara rasmi, pembelinya ialah Putera Bader Abdullah Farhan yang merupakan ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Namun, pegawai AS berkata, Putera Bader hanya digunakan sebagai penama kepada Putera Mahkota Arab Saudi, iaitu Putera Mohammed Salman yang merupakan pemilik sebenar lukisan itu.
Lokasi semasa lukisan itu tidak diketahui kerana Arab Saudi menafikan Mohammed Salman adalah pemilik sebenar lukisan tersebut.
Lukisan termahal dunia bukan karya Leonardo da Vinci
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga
- Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara
- Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking
- Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
- PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin?
- PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’
- Siakap vs empurau, mana lagi mahal?
- Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih
- 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
- Doktor bidas Rita Rudaini
- Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET