Anggota tentera hadiahkan penampar upah bunyi ekzos bising

Anggota tentera hadiahkan penampar upah bunyi ekzos bising

Padah kerana membunyikan ekzos bising di khalayak awam, dua lelaki mendapat ‘hadiah’ istimewa daripada anggota tentera yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan dua lelaki telah mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya apabila sengaja membunyikan ekzos bising ketika berada di satu persimpangan lampu isyarat.



Mungkin leka atau seronok dengan perbuatan tersebut, kedua-dua lelaki itu tidak sedar aksi mereka telah mendapat perhatian dua anggota tentera yang kebetulan berada di lokasi.

Akibatnya, salah seorang penunggang terbabit telah mendapat satu tamparan kuat daripada seorang anggota tentera di bahagian kepala.

Tidak cukup sekali, seorang lagi anggota tentera turut menghadiah ‘buah tangan’ yang sama kepada lelaki terbabit.

Walaupun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, namun rata-rata netizen bersetuju dengan ‘hadiah’ istimewa terbabit dan berharap agar kejadian itu menjadi pengajaran kepada orang lain.



“Lain kali kalau nak menunjuk bunyi ekzos kuat atau tidak bukan di kawasan awam, masuk hutan atau cari tempat sunyi macam dalam gua ke, barulah tidak menggangu orang lain,” tulis Epi Pidok.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Otak Minang.

“Terbaiklah abang askar, itu baru sedikit, kalau dalam kem mahu jadi ‘lauk’, moga jadi pengajaran kepada penunggang motosikal lain,” tulisnya. K Online

Anggota tentera hadiahkan penampar upah bunyi ekzos bising




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik



Related Articles

One Comment

  1. Selain bagi penampar, anggota tentera itu pun patut buat laporan polis, biar polis rampas motor. Apa2 pun terbaik kepada tentera tersebut. Tindakan macam inilah yang patut polis buat. Sekarang ini polis mengamalkan SOP “Anakku Sazali” menyebabkan motor ekzos bising naik tocang. Ikut contoh polis kat Miri, Sarawak, mamat motor bising kena penendang dengan polis trafik.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker