Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) untuk individu B50 yang layak kini dibuka sehingga 31 Januari 2022.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), Persatuan Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam satu kenyataan bersama berkata
URUS tersedia untuk pelanggan individu yang berada di bawah program bantuan pembayaran balik sedia ada yang disediakan oleh bank pada 30 September 2021.
Katanya, pelanggan perlu memenuhi semua kriteria ditetapkan antaranya terdiri daripada pelanggan B50 yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM5,880 atau lebih rendah.
“Selain itu, pelanggan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus dan masih melunaskan pembayaran kemudahan pinjaman/pembiayaan (tidak tertunggak melebihi 90 hari) pada tarikh permohonan URUS.
“Di bawah URUS, AKPK akan menyediakan pelanggan dengan pelan kewangan khusus yang dibangunkan secara holistik, dengan mengambil kira keadaan kewangan pelanggan dan keupayaan untuk membayar balik semua obligasi pembiayaan.
“Pelanggan B50 layak yang ingin memohon URUS boleh berbuat demikian secara terus dengan bank mereka. Untuk bantuan lanjut, pelanggan boleh menghubungi bank mereka melalui perbankan internet atau saluran perbankan telefon, atau datang terus ke cawangan,” katanya.
Kenyataan itu menambah, pelanggan yang mempunyai kemudahan pinjaman/pembiayaan daripada beberapa bank hanya perlu memohon kepada mana-mana salah satu bank di mana mereka membuat pembayaran kemudahan di bawah program bantuan pembayaran semula sedia ada.
Katanya, borang permohonan URUS dan butiran proses URUS, termasuk soalan lazim (FAQs) boleh didapati di laman sesawang bank dan di cawangan mereka.
“Butiran lanjut mengenai URUS juga boleh didapati di laman web persatuan perbankan dan AKPK.
“Bank kekal komited untuk membantu pelanggan mereka semasa tempoh mencabar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini, dan sedar bahawa pelanggan memerlukan masa untuk bangkit semula dari segi kewangan apabila ekonomi beransur pulih.
“Oleh itu, pelanggan yang tidak memenuhi kriteria untuk URUS dinasihatkan untuk menghubungi bank masing-masing bagi membincangkan pilihan pembayaran balik kemudahan pinjaman/pembiayaan lain yang sesuai dengan keadaan kewangan masing-masing,” katanya.
Kenyataan itu turut mengingatkan pelanggan supaya tidak berurusan dengan mana-mana pihak ketiga yang mengaku sebagai ejen/wakil bank.
“Bank dan AKPK tidak melantik atau memberi kuasa mana-mana pihak ketiga atau ejen untuk bertindak bagi pihak mereka untuk tujuan ini,” katanya. BH
Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib
- PRN Melaka: Hentam Umno fokus kempen Muhyiddin
- ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
- Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood
- Jangan sampai kita hempas makanan – Rider
- Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat
- Muhyiddin dan Hadi ‘hentam’ Barisan Nasional
- Kakaktua bongkar suami curang dengan pembantu rumah
- ‘Letupan’ enjin sebuah pesawat Malaysia Airlines 50 penumpang ‘cedera’
- Amaran Allah dalam 10 Ayat Pertama Surah al-Kahfi
- Dah Masuk 5 Series, Nasha Aziz masih ‘bergetah’
Layari Laman Facebook MYKMU