Howard sindir Peja, kami gaduh tak sampai gulingkan kawan

Sebaran :

Howard sindir Peja, kami gaduh tak sampai gulingkan kawan

Bekas Exco Perak mendakwa ‘pergaduhan’ yang dikatakan sering berlaku antara DAP dan Amanah seperti didakwa Ahmad Faizal Azumu, tidaklah sampai ke tahap menggulingkannya sebagai Menteri Besar, seperti dilakukan Umno terhadapnya.

Bekas Exco Belia, Sukan & Pembangunan Modal Insan, Howard Lee, berkata hasrat Ahmad Faizal mahu tampil dengan imej persona ‘sempoi’ dan bersahaja, namun hakikat sebenarnya tidak lebih daripada individu berlidah cabang dan bermuka-muka.

Ketua Pemuda PH itu berkata, Menteri Belia dan Sukan itu yang juga Timbalan Presiden Bersatu, juga gemar ‘melaga-lagakan’ terutama mencetuskan ketegangan antara ahli Exconya sendiri.



Beliau berkata, meskipun ada ketegangan antara DAP dan Amanah, ia tidak pernah sampai ke tahap berlakunya pergaduhan.

“Mungkin beliau telah lupa bahawa acap kali sesuatu isu bangkit yang tidak mencapai konsensus antara keempat-empat parti, beliau sendiri yang melaga-lagakan hubungan baik antara ahli-ahli Exco.

“Sekurang-kurangnya, sekiranya ada pun ‘pergaduhan’ antara Amanah dan DAP tidak sehingga seperti antara PAS, Umno dan PPBM (Bersatu) di Perak, sehingga Menteri Besar PPBM diguling oleh rakan daripada Umno,” katanya dalam kenyataan.

Howard berkata, jika mahu berbohong sekalipun, janganlah sampai meludah ke langit.



“…Jangan seronok sangat menggali kubur orang, nanti (diri) sendiri pula yang jatuh ke dalam,” katanya.

Kelmarin, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa beliau terpaksa “menguruskan” pertengkaran setiap hari ketika beliau memimpin kerajaan Pakatan Harapan Perak sebagai Menteri Besar.

Dalam ceramah yang disiarkan secara langsung untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka, beliau mendakwa DAP dan Amanah sentiasa berjuang untuk kepentingan mereka sendiri.

Howard berkata, sesuatu ‘pergaduhan’ yang membawa keputusan kebanyakan secara berjemaah lazimnya dipanggil debat, yang menjadi fitrah dalam amalan demokrasi.



“Pergaduhan kerana hendak melakukan dan mencapai yang terbaik, itu adalah lumrah politik,” katanya. FMT

Howard sindir Peja, kami gaduh tak sampai gulingkan kawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi


Sebaran :

Leave a Reply