#PRNMELAKA2021 : PERJALANAN ANAK PENOREH GETAH MISKIN BERNAMA RAUF BAHAGIAN 2

Oleh BamJekk

‘Rauf orangnya tidak sombong dan terlalu baik hati dengan kawan-kawan dan dia ingat semua kawan-kawan dia semasa bersekolah rendah dahulu. Jika balik ke kampung ini beliau akan mencari kawan-kawan lamanya dan beliau tidak pernah lupakan kami semua..’- kawan-kawan sekolah dari darjah dua.

Ini antara sisi lain yang ramai tidak tahu berkenaan insan yang bernama Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau mahu membawa visi besar untuk diangkat sebagai manfaat penduduk .



Bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu, beliau melihat pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan masih perlahan, sekali gus mahu memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur utama yang bakal menjadi ‘game changer’ untuk Tanjung Bidara dan penduduknya.

Katanya, potensi pembangunan Tanjung Bidara ketika ini terjejas kerana tidak memiliki kesalinghubungan yang baik dengan pusat bandar Melaka dan lebuh raya utama.

Ab Rauf yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya juga mahu melihat kerajaan negeri meningkatkan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air mencukupi bagi menampung permintaan kawasan perindustrian Masjid Tanah.

“Kawasan perindustrian di sini sukar menarik pelabur ketika ini kerana masalah itu. Saya yakin ia akan diatasi dengan menaik taraf infrastruktur asas itu serta hubungan lebuh raya yang baik.



“Selain itu, saya juga mahu membantu memulihkan ekonomi penduduk yang rata-ratanya terbabit dalam pelancongan, antaranya membantu meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemudahan pelancongan di Tanjung Bidara.

“Di samping itu, kita mahu menangani isu tanah operator chalet yang semakin mengecil akibat hakisan pantai,” katanya yang akan turut memperjuangkan urusan permohonan lesen untuk penduduk dan pesara yang mahu menjadi nelayan.

Ab Rauf, yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah berdepan saingan tiga penjuru, dicabar Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hasan.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker