Imam kedua dan jemaah maut dilanggar imam pertama

Imam kedua dan jemaah maut dilanggar imam pertama

Imam kedua sebuah surau di Taman Bukit Kajang, Kajang, dekat sini, maut manakala seorang lagi jemaah parah dilanggar kereta yang hilang kawalan dipandu imam pertama surau berkenaan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian di pekarangan surau itu pada kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa yang juga pesara berusia 78 tahun dan rakannya yang juga pesara berusia 76 tahun baru selesai menunaikan solat Subuh berjemaah di surau terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa berada di perkarangan surau ketika dilanggar kereta PERODUA Myvi dipandu imam pertama itu.

“Ketiga-tiganya baru selesai solat Subuh dan mahu pulang ke rumah masing-masing di Taman Kajang Jaya.

“Dua mangsa berada di perkarangan surau ketika pemandu PERODUA Myvi mengundurkan keretanya dari bahagian lot parkir sebelum terlanggar sedikit bahagian belakang sebuah kenderaan lain.

“Akibat pelanggaran itu, imam pertama berusia 76 tahun itu panik lalu menggerakkan kenderaannya ke hadapan sehingga hilang kawalan dan melanggar dua mangsa yang berada di hadapannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, imam kedua itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa mengalami patah lutut kanan dan patah pergelangan kaki kiri dikejarkan ke hospital dengan ambulans .

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita meminta orang ramai sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu kenderaan masing-masing.

“Bagi pemandu sudah berusia, mungkin ada keperluan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka masih boleh mengendalikan kenderaan dengan baik,” katanya. BH

Imam kedua dan jemaah maut dilanggar imam pertama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker