Burger naik harga, peniaga tiada pilihan

Sebaran :

Burger naik harga, peniaga tiada pilihan

SEREMBAN: Peningkatan harga kebanyakan barang merupakan faktor utama penjaja dan peniaga burger terpaksa menaikkan harga jualan mereka ketika ini.

Seorang peniaga burger, Mohd. Azmi Khamis, 37, berkata, kenaikan harga seperti patti daging dan ayam, sos serta roti itu mula berlaku sejak sebulan lalu.

“Sudah lebih sebulan, sebelum ini untuk satu pek patti daging harganya dalam RM4.50 namun kini sudah naik sehingga RM5.50, memang ia merunsingkan peniaga kecil seperti kami.



“Mahu tidak mahu, kami juga terpaksa menaikkan harga jualan contohnya harga burger daging biasa, sebelum ini dijual pada harga RM3.50, namun kini dijual dalam anggaran harga RM3.80 sehingga RM4,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Azmi yang mempunyai dua buah gerai burger yang terletak di Seremban 2 dan Sendayan di sini berkata, semua peniaga burger kini mengeluh ekoran kenaikan harga barang yang bukan sahaja melibatkan barangan mentah tetapi juga barangan lain seperti plastik pembungkusan.

Sementara itu, peniaga burger di Jempol, Abdul Razif Sulaiman, 35, berkata, dia menyedari berlaku kenaikan harga barang apabila stok sesuatu barang yang diperlukan itu tiada di kedai pembekal.

“Hari ini roti tiada stok, apabila roti ada, daging patti pula tiada stok sehinggakan saya pernah meminta bantuan rakan yang membawa lori dari negeri lain untuk mencari dan membelikan stok patti daging dan roti.



“Apabila stok sudah ada, masa itulah harga barangan tersebut naik, kenaikannya bukan sedikit. Patti daging, ayam, sayur, telur gred A dan C malahan marjerin juga harganya turun naik,” katanya lagi.

Jelas Abdul Razif, harga patti daging dan ayam berlaku naik dari RM4.90 ke 5.50 bagi setiap pek manakala harga marjerin naik dari RM5.50 ke RM7.80.

“Bagi harga pula, saya tidak naikkan kerana saya berniaga di kawasan kampung, ramai tidak mampu. Kalau sebelum ni, RM9 boleh dapat untuk tiga biji burger biasa, kalau saya naikkan harga boleh dapat dua biji sahaja.

“Jadi, tidak mengapa saya untung sikit janji pelanggan saya tidak lari dan dapat membantu mereka juga agar tidak terkesan dengan kenaikan harga burang ketika ini,” katanya lagi. Utusan



Burger naik harga, peniaga tiada pilihan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Sharifah Sakinah kena kecam belanja foto berendam dalam tab mandi


Sebaran :

Leave a Reply