Rakam wanita mandi di pangsapuri

Rakam wanita mandi di pangsapuri

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengambil gambar dan video seorang wanita mandi bulan lalu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Khalis Rusli, 32, kerana mengaibkan kehormatan wanita berusia 28 tahun dengan mengambil gambar dan video mangsa sedang mandi melalui telefon bimbit di tingkat sembilan sebuah unit pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri, pada 3 pagi, 13 Jan lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Khalis, yang tidak diwakili peguam, merayu denda paling minimum kerana dia baru sahaja mendapat kerja awal bulan ini dan perlu menanggung ibu bapa serta adik-beradiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tindakannya mengaibkan mangsa selain perlu mengambil kira keselamatan masyarakat. FMT

Rakam wanita mandi di pangsapuri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker