Kes Dadah Selebriti Zarina Anjoulie Dibicara 9,10 Februari Depan

Kes Dadah Selebriti Zarina Anjoulie Dibicara 9,10 Februari Depan

SEREMBAN: Mahkamah Majistret Seremban menetapkan 9 dan 10 Februari 2022 untuk memulakan perbicaraan kes dadah melibatkan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie pada Jun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Majistret Mohd Firdaus Salleh pada Khamis, selepas peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar memohon perbicaraan dimulakan tahun hadapan.



Pada prosiding itu, pihak pembelaan memaklumkan bahawa mereka belum menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

“Bagaimanapun, kami tidak mempunyai masalah untuk memulakan perbicaraan,” katanya.

Anjoulie atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 8.40 pagi dengan berpakaian jubah dan selendang hitam bersama peguamnya.

Pada 13 September lalu, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada Jun lalu.



Mengikut pertuduhan, Zarina Anjoulie yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.-SH

Kes Dadah Selebriti Zarina Anjoulie Dibicara 9,10 Februari Depan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker