Pelaburan dari Indonesia dialu-alukan – Ismail

Pelaburan dari Indonesia dialu-alukan – Ismail

Malaysia mengalu-alukan kehadiran pelabur Indonesia untuk datang membuat pelaburan di Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, Indonesia adalah rakan perdagangan dan pelaburan yang penting dan strategik bagi Malaysia, membabitkan jumlah perdagangan dua hala berjumlah AS$15.67 bilion (RM65.06 bilion) pada tahun lalu.

“Pada suku kedua tahun 2021, jumlah pelaburan Malaysia di Indonesia adalah sebanyak AS$12.53 bilion (RM52.02 bilion) dan pelaburan Indonesia di Malaysia AS$1.16 bilion (RM4.82 bilion).

“Saya mengalu-ngalukan pelabur daripada Indonesia untuk terus datang melabur di Malaysia,” katanya pada sidang media bersama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke republik itu, sejak semalam.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Malaysia percaya pemindahan dan pembangunan ibu kota baharu Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur adalah langkah yang tepat.

Beliau berkata, ia seperti yang pernah lakukan oleh Malaysia pada 25 tahun lalu dengan pemindahan pusat pentadbiran dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Justeru, Perdana Menteri berkata, Malaysia bersedia berkongsi pengalaman berkaitan perkara itu manakala syarikat daripada Malaysia juga bersedia bekerjasama dan turut serta untuk membangunkan projek yang berskala mega berkenaan.

Lawatan sulung Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri itu juga menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia, iaitu “Kerjasama Dalam Bidang Pendidikan” dan “Kerjasama dan Bantuan Bersama Dalam Perkara Kastam”.

Perdana Menteri berkata, pemeteraian kedua-dua MoU itu mencerminkan tahap hubungan baik yang lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, beliau berkata, lima MOU dan Perjanjian juga akan dimeterai oleh sektor swasta kedua-dua negara, yang membabitkan nilai pelaburan yang memasuki Indonesia berjumlah AS$3.1 bilion (RM12.87 bilion).

Pertemuan Perdana Menteri dengan Joko Widodo hari ini turut membincangkan isu kerjasama budaya melalui penyenaraian bersama warisan kebudayaan ke Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebagai sahabat serumpun, Ismail Sabri berkata, Malaysia dan Indonesia berkongsi banyak persamaan dalam pelbagai perkara termasuk adat, tradisi dan warisan kebudayaan.

Beliau berkata, pada tahun lalu, kedua-dua negara membuat penyenaraian bersama bagi Pantun secara ‘multi-national nomination’ ke UNESCO.

“Bagi meneruskan usaha baik ini, yang boleh mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, Malaysia berharap Indonesia bersetuju untuk membuat penyenaraian bersama bagi beberapa lagi item warisan kebudayaan yang dikongsi bersama ke UNESCO pada masa hadapan,” katanya. BH

Pelaburan dari Indonesia dialu-alukan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker