Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan di antara negara

Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan di antara negara

Malaysia dan Indonesia mencapai persetujuan untuk melaksanakan koridor perjalanan di antara kedua-dua negara, pasca COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, persetujuan itu dicapai dalam perbincangannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, pada lawatan sulungnya ke negara itu hari ini.

Beliau yang kini berada di Jakarta, berkata Malaysia dan Indonesia juga setuju untuk terus bekerjasama rapat dalam menangani cabaran-cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19, terutamanya dalam bidang kesihatan.

“Alhamdulillah, sekarang ini situasi pandemik COVID-19 bertambah baik di kedua-dua negara. Hari ini, saya dan bapak Presiden mencapai persetujuan supaya Malaysia dan Indonesia dapat melaksanakan satu koridor perjalanan di antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement (TCA) atau Vaccinated Travel Lane (VTL).

“Cadangannya, sebagai permulaan, inisiatif koridor perjalanan ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara, kemudian boleh ditambah destinasi-destinasi lain yang telah menunjukkan risiko yang rendah,” katanya.

Beliau memberitahu demikian menerusi kenyataan yang keluarkan ketika sidang media bersama Joko Widodo sempena lawatan rasmi ke republik itu sejak semalam. BH

Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan di antara negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker