PRN Melaka: KKM beri amaran ambil iktibar PRN Sabah
KUALA LUMPUR – Semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta mengambil pengajaran daripada PRN Sabah yang mencetuskan kluster Covid-19 selepas September tahun lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bertegas dalam memastikan semua pihak mematuhi SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan rakyat.
“Pihak KKM telah menetapkan SOP yang ketat untuk memastikan PRN ini dapat dijalankan dengan selamat dan kita juga perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku ketika PRN Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Integriti Nasional 2021 (KIN2021) di sini pada Selasa.
Dr Noor Azmi berkata, calon PRN Melaka dalam masa sama perlu mempamerkan sikap integriti yang tinggi terutamanya dalam pengurusan pandemik ketika negara ini membuat persediaan memasuki fasa endemik.
“Kalau kita bercakap tentang PRN memang ketika ini kita sendiri mahu memilih seorang pemimpin yang berintegriti supaya dapat melaksanakan apa yang rakyat mahu dengan baik.
“Hanya dengan integriti pengurusan pandemik Covid-19 dapat dilaksanakan dengan baik dan perlu ada pendekatan dan usaha menyeluruh kerajaan dan masyarakat dan kita semua perlu bertanggungjawab,” katanya.
Beliau turut berpendapat bahawa dalam memasuki fasa endemik, tahap kawalan kendiri yang tinggi dalam kalangan rakyat amat dituntut sebelum memasuki fasa tersebut. – Bernama
PRN Melaka: KKM beri amaran ambil iktibar PRN Sabah
Baca Artikel Menarik:
- Kemungkinan ahli Pas sabotaj calon Bersatu
- Saya puasa untuk elak beli tuala wanita – pemain biola
- Rafiq tinggalkan pengundi DUN Paya Rumput demi kerusi selamat
- Serangan kudis herpes
- Beli Dulu, Bayar Kemudian Memang Syok Tapi Ketahui Hukumnya Dalam Islam
- UMNO tak mungkir janji cuma tangan dihulur tak disambut Pas
- Anggota polis ditemui mati dalam kenderaan dengan kesan tembakan – Ayob
- “Lahabau Melaka, Jom Undi”, Teo minta maaf
- Resepi Siakap Kayangan Kontroversi
- Duit lesap, rumah pula disewakan
- Harga ayam mungkin terus naik – Bos Mydin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET