Ibu mentua melaram baju pengantin, enggan kalah pada menantu

Ibu mentua dan kakak ipar pengantin perempuan memakai busana menyerupai pengantin. – TikTok

Sebuah video memaparkan rombongan pengantin sedang berarak dalam majlis perkahwinan menjadi perhatian pengguna media sosial yang hairan melihat terdapat tiga pengantin perempuan, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Majlis tersebut berlangsung di Cigondewah, Bandung.

Ia memaparkan rombongan pengantin yang berarak sambil membawa pelbagai barang hantaran.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah terdapat tiga wanita memakai busana pengantin lengkap dengan tiara.

Senario itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapa pengantin yang sebenar.

Menjawab persoalan tersebut, pengantin sebenar yang dikenali sebagai Salsabila tampil menjelaskan bahawa dua wanita memakai busana berwarna kelabu itu ialah ibu mentua dan kakak iparnya.

Salsabila turut memuat naik gambar mereka sekeluarga menunjukkan dia memakai busana pengantin mengikut adat Sunda.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Ibu mentua tidak mahu kalah dengan pengantin,” kata seorang netizen.

“Keliru yang mana satu pengantin,” ujar pengguna lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker