Gempa bumi lemah landa Laut Sulawesi, gegaran dirasai sekitar Tawau

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 skala Richter dilaporkan berlaku di Laut Sulawesi pada jam 1.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi tersebut terletak 2.7° Utara dan 118.8° Timur dengan kedalaman 141 kilometer, iaitu 197 kilometer Selatan dari Semporna, Sabah.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker