Azmin perlu jelaskan kejatuhan teruk FDI Malaysia banding negara ASEAN lain


Amat menyedihkan dan lagi mengecewakan apabila Malaysia yang satu ketika dahulu sentiasa berada kedudukan teratas serta dikenali sebagai destinasi mesra dan tumpuan utama pelabur asing kini berkedudukan paling tercorot.

Terbaharu, dalam Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Pelaburan Langsung Asing (FDI) Negara-Negara ASEAN bagi tahun 2020, Malaysia mengalami kejatuhan sehingga 68 peratus berbanding negara lain.

Jelas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, kejatuhan itu menyaksikan kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap Malaysia belum pulih selepas berlaku perubahan kerajaan pada 2018.

Kata beliau, antara punca utama kejatuhan itu adalah ketiadaan polisi ekonomi jelas yang membentuk persepsi bahawa kerajaan boleh menukar dasar sedia ada yang mungkin tidak memihak pelabur untuk segmen tertentu.



“Faktor penentuan kemasukan pelaburan asing ialah prinsip pengurusan risiko pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang dipanggil risiko untuk berdagang dengan sesebuah negara.

“Indikator penting risiko ini ialah apabila kontrak yang termeterai boleh berubah apabila berubahnya sesebuah kerajaan,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Dr. Asyraf laporan PBB mengenai UNCTAD menunjukkan FDI Negara-Negara ASEAN bagi tahun 2020 ialah Singapura US$58 bilion iaitu jatuh 37 peratus), diikuti Indonesia (US$18 bilion, jatuh 24 peratus), Vietnam (US$14 bilion, jatuh 10 peratus), Thailand (US$11.4 bilion, jatuh 50 peratus), Filipina (US$6.4 bilion, naik 29 peratus dan Malaysia (US$2.5 bilion, jatuh 68 peratus).



Kata beliau, banyak peristiwa yang menyumbangkan kepada peningkatan risiko berdaulat atau persepsi risiko untuk berdagang dengan Malaysia setelah jatuhnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tahun 2018

Antaranya ialah pembatalan kontrak perjanjian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan syarikat konglomerat Negara China, China Communications Construction Group Ltd (CCCC) dan penamatan kontrak perjanjian projek HSR dengan kerajaan Singapura.

Ia juga turut menyaksikan penamatan projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) sepanjang 600 kilometer dari Melaka dan Port Dickson ke Kulim Kedah bernilai RM5.35 bilion serta pembatalan projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) sepanjang 662 kilometer dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau bernilai RM4.04 bilion walaupun proses pembinaan sedang berjalan.

Selain itu, turut melibatkan pembatalan projek infrastruktur di Sarawak menghubungkan kawasan terpencil seperti jambatan Batang Rambungan, Kuching; jambatan Kuala Kemena, Bintulu; jambatan Batang Lassa, Mukah; jambatan Batang Saribas, Betong; jambatan Batang Krian, Betong dan jambatan Batang Paloh, Mukah. Kerajaan Sarawak terpaksa membiayai sendiri projek ini bagi mengelakkan rakyat negeri tersebut ketinggalan



Kata beliau, semua insiden itu mempengaruhi persepsi dan sentimen pelabur luar negara ke atas Malaysia hingga menjunamnya kejatuhan nilai FDI yang pastinya memberi kesan langsung kepada peningkatan kadar pengangguran dan pembuangan kerja apabila banyak syarikat dan kilang ditutup atau berpindah ke negara jiran.

Justeru, Pemuda UMNO Malaysia meminta Menteri Kanan Ekonomi dan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali segera tampil menjelaskan kepada rakyat tindakan segera kerajaan untuk menangani kejatuhan teruk FDI ke dalam negara. MG

FDI Tertinggi Dalam Sejarah? Penipuan Bulan Ramadhan Yang Memalukan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker