PRU 15 mungkin Ogos – Annuar


Ahli Parlimen Ketereh tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) boleh berlaku sebelum 1 Ogos ini atau selewat-lewatnya 60 hari selepas itu.

Tan Sri Annuar Musa berkata, memandangkan tempoh itu sudah terlalu dekat, adalah penting bagi setiap ahli dan kepimpinan parti memastikan UMNO memenangi PRU itu.

“Paling utama bagi kita ialah memastikan UMNO memenangi PRU itu atau sekurang-kurangnya UMNO adalah sebahagian pasukan yang menang.

“Oleh itu, tanggungjawab para nakhoda adalah mengemudi ke arah kejayaan, bukan ke arah menghancurkan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.



Annuar yang merupakan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, para juragan perlu terus mendayung, bekerja kuat secara berpasukan untuk membawa parti ke destinasinya.

Beliau turut menasihatkan ahli jangan sombong, bongkak, hasad dengki atau jangan pepat di luar rencong di dalam.

“Berkata benar, berterus terang dan sabar bila difitnah. Insya_Allah kebenaran dan kemenangan menanti di hadapan.

“Yang penting UMNO selamat, kekal diyakini dan disayangi rakyat,” katanya. MG



PRU15 sebelum 1 Ogos?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker