KPN minta pemilik Edisi Siasat tampil bawa bukti

KPN minta pemilik Edisi Siasat tampil bawa bukti

Pemilik akaun Twitter “Edisi Siasat” diminta tampil membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung dakwaannya berlaku perbuatan salah laku, penyelewengan dan rasuah membabitkan beberapa menteri serta bekas menteri dan pegawai tertinggi badan penguatkuasa negara.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pengendali akaun itu perlu membuktikan dakwaan berkenaan, dan tidak hanya berkongsi di laman sosial mengenainya tanpa bukti jelas.



Beliau berkata, setakat ini 13 kertas siasatan telah dibuka dan hampir semua individu termasuk pegawai kanan polis yang didakwa oleh Twitter itu terlibat dengan salah laku, sudah diambil keterangan.

“Kertas siasatan dibuka susulan laporan pegawai kanan yang didakwa (oleh pemilik akaun twitter berkenaan) melakukan salah laku itu, dan hampir kesemua mereka (pegawai) telah diambil keterangan, selebihnya akan dirakam percakapan untuk membantu siasatan.

“Selepas merakam percakapan, kita akan lihat sejauh mana kebenaran dakwaan itu,” katanya selepas Majlis Penyerahan dua kenderaan tempur kepada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Markas PSP Cheras di sini.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, selain mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah dan terlibat dengan rasuah.



Acryl Sani berkata, dakwaan melibatkan Polis Diraja Malaysia diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, untuk disemak kebenarannya.

Sementara itu mengulas mengenai majlis penyerahan kenderaan tempur kepada PSP, Acryl Sani berkata dua kenderaan tempur bernilai kira-kira RM2 juta itu adalah untuk kegunaan Unit 1 dan Unit 4 PSP Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan dilengkapi dengan peralatan tempur serta mampu memuatkan 15 orang selain dapat bergerak pantas dalam satu-satu masa.

“Sehingga kini PSP mempunyai 29 buah kenderaan command vehicle dengan 21 sahaja yang boleh beroperasi dan proses penggantian akan dilakukan secara berterusan,” katanya. FMT



KPN minta pemilik Edisi Siasat tampil bawa bukti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng



Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker