Hampir 19 maut, lori kargo heret kenderaan di pondok tol

Sebaran :

Hampir 19 maut, lori kargo heret kenderaan di pondok tol

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala tiga lagi cedera semalam dalam satu kemalangan di lebuh raya yang menghubungkan Mexico City dengan pusat bandar Puebla, kata pihak berkuasa.

Nahas berlaku pada tengah hari apabila sebuah lori kargo merempuh beberapa kenderaan di pondok tol di lebuh raya itu, mengakibatkan sebahagiannya terbakar selepas impak.

“Ketika melalui pondok tol, lori terbabit mengheret enam kenderaan, mengakibatkan 19 orang terbunuh dan tiga cedera. Pemandu lori berkenaan antara yang maut, kata pihak berkuasa lebuh raya persekutuan itu, Capufe, dalam kenyataan.



Capufe juga berkata, ia sedang berusaha mengalihkan kenderaan yang terlibat, manakala bahagian lebuh raya terbabit telah ditutup bagi lalu lintas.

Lebuh raya sepanjang 110km itu digunakan oleh banyak lori kargo. FMT

Hampir 19 maut, lori kargo heret kenderaan di pondok tol


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply