Cerita ‘Dua Singa’ Hanya Dongengan Ciptaan Idris Haron – Jailani

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menafikan dakwaan wujudnya ‘dua singa atas satu gunung’ dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Melaka dan soal kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri Melaka.

Sebaliknya tegasnya, dakwaan tersebut hanya dongengan ciptaan Datuk Seri Idris Haron yang jelas gila kuasa dan masih impikan untuk duduk di kerusi Ketua Menteri.

“Kita dah jelaskan pada 6 November lalu ketika pengumuman calon yang akan mewakili BN di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bahawa hanya satu nama yang dinamakan sebagai calon Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Jadi saya lihat isu ‘dua singa’ ini adalah tindakan yang melampau, tindakan Idris sekadar mahu memecah-belahkan keluarga UMNO dan keluarga BN Melaka.



Cerita ‘Dua Singa’ Hanya Dongengan Ciptaan Idris Haron – Jailani

“Pada saya secara peribadi, tidak ada dua singa dalam satu gunung, sekadar tohmahan pada orang yang hendak jadi Ketua Menteri seperti Idris Haron yang mempunyai satu sikap bahawa tidak ada orang yang lebih baik daripada dia, sedangkan pada hakikatnya, Sulaiman Md Ali jauh lebih baik daripadanya.

“Tidak ada timbul pertindihan dan percanggahan ataupun dua singa dalam satu gunung, kalau ada pun singa iaitu singa yang kurang siuman sikit seperti Idris Haron,” sinisnya ketika ditemui UMNO-Online di sini hari ini.



Tambahnya yang juga penyandang di DUN Rembia, Sulaiman selama 18 bulan sebagai Ketua Menteri telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan banyak permasalahan yang berlaku di zaman pentadbiran kerajaan PH yang telah menggugat kehidupan rakyat berjaya ditangani dengan baik.

“Kita akui kita bukan 100 peratus bukan kerajaan yang terbaik, namun dengan kesungguhan dan kebijaksaan Ketua Menteri, segala permasalahan yang ada ditangani dengan cermat dan tersusun, antaranya berjaya menyelesaikan masalah ketiadaan air yang melanda rakyat Melaka selama tujuh bulan, namun kerajaan BN berjaya menyelesaikannya dalam tempoh masa sebulan sahaja.

“Selain kita, di waktu satu dunia malah negara kita terkesan dek penangan serangan COVID-19, kerajaan negeri Melaka berusaha menanganinya dengan baik dan kita antara negeri yang paling awal yang mencapai 90 peratus vaksinasi seluruh rakyat dan negeri yang terawal membuka fasa empat untuk rakyat dalam negeri dan luar dari Melaka,” ujarnya.

https://youtu.be/x453QZH1QwM



Sehubungan dengan itu, Jailani yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka berharap agar rakyat memberikan peluang kepada BN serta Sulaiman untuk meneruskan segala perancangan sebelum ini demi kemakmuran negeri itu.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pengundi di DUN Rembia khususnya dan juga seluruh rakyat Melaka agar jangan sesekali melakukan kesilapan dan membuat pilihan yang terbaik untuk negeri berkenaan. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Cerita ‘Dua Singa’ Hanya Dongengan Ciptaan Idris Haron – Jailani



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


PRN Melaka: Muafakat Nasional Pasti Bangkit Semula Jika Tiada Kerajaan Stabil

‘Saya Ketua Puteri UMNO Jasin’ – Dira

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker