Majlis perkahwinan antara punca kluster baharu di Sabah

KOTA KINABALU, 2 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Kluster baharu COVID-19 berkaitan jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan di Sabah, hari ini adalah berpunca daripada penganjuran majlis perkahwinan dan upacara potong jambul atau bercukur.

Walhal, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Sabah ketika ini, aktiviti sosial masih dilarang.

Ia termasuk kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, meraikan pernikahan atau pertunangan, perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, hari kelahiran dan ‘reunion’.



Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster baharu di Kampung Karanaan, Ranau itu dikesan selepas seorang penduduk didapati positif COVID-19.

“Penularan virus menjangkiti 52 orang penduduk kampung setakat ini.

“Ia dipercayai berpunca daripada perkumpulan orang ramai dalam satu majlis perkahwinan dan dua upacara potong jambul yang turut dihadiri saudara mara dari luar daerah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Masidi berkata, kluster baharu itu adalah satu peringatan perlunya orang ramai mematuhi SOP sepanjang masa.



Katanya, pematuhan SOP penting kerana Sabah akan beralih ke Fasa 4 PPN mulai esok, dengan pelbagai sekatan terhadap majlis sosial dan aktiviti ekonomi akan dilonggarkan.

Sabah hari ini mencatat 405 kes baharu COVID-19, turun 164 kes berbanding 569 kes yang dilaporkan semalam, iaitu antara yang terendah sejak beberapa bulan lalu.

“Kecuali daerah Kota Kinabalu yang mencatat 52 kes baharu, jumlah kes harian di semua daerah di Sabah pada hari ini adalah di bawah angka 50.

“Sebanyak 11 daerah mencatat kes baharu kurang daripada 10 kes, manakala tiga daerah iaitu Kunak, Tongod dan Kalabakan tidak mencatat sebarang jangkitan baharu,” katanya.



Majlis perkahwinan antara punca kluster baharu di Sabah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Isu calon lompat terus hantui PH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker