Siapa Nak Cuba? Human Meat Burger Perisa ‘Daging Manusia’ Di Sweden

Sebaran :

Siapa Nak Cuba? Human Meat Burger Perisa ‘Daging Manusia’ Di Sweden

STOCKHOLM – Sebuah syarikat di Sweden memperkenalkan burger dengan perisa ‘daging manusia’ sebagai sebahagian daripada tawaran menu kanibal pada minggu lalu, lapor akhbar Daily Star.

Orang ramai berpeluang untuk merasai rasa daging manusia dengan mencuba menu Human Meat Burger itu yang dilancarkan oleh syarikat Oumph.

Oumph bagaimanapun merupakan syarikat pengeluar makanan  berasaskan tumbuhan dan tidak menggunakan daging manusia sebenar dalam pembuatan burger tersebut.



Syarikat itu menyatakan bahawa  mereka melancarkan promosi menu kanibal yang bersifat sementara untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang cara menikmati makanan berasaskan tumbuhan.

Tawaran itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata mempersoalkan adakah promosi tersebut wajar.

“Bagaimana anda boleh menganggap perkara ini sesuatu yang lucu?” kata  seorang pengguna laman sosial Instagram menerusi ruangan komen.

Pengasas bersama syarikat Oumph, Ankan Lindan berkata,  mereka menghasilkan burger tersebut sebaik sahaja mengetahui rasa dan tekstur yang diinginkan.



“Ini merupakan cara pelik yang dilakukan kami bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa tidak mustahil untuk anda makan makanan berasaskan tumbuhan, namun masih lestari,” katanya.  – AGENSI

Siapa Nak Cuba? Human Meat Burger Perisa ‘Daging Manusia’ Di Sweden

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Hidangan siakap lebih RM1,000: Jangan tular, lapor kepada KPDNHEP


Sebaran :

Leave a Reply