Cabaran 30 Ramadhan, 30 baju kurung

Haiza agak sibuk dengan beberapa program dan merancang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan teman lama.

Cabaran 30 Ramadhan, 30 baju kurung

Mahu tampil kelainan sepanjang Ramadan, penyanyi dan penyampai radio Buletin FM, Haiza Hanafi mencabar diri mengenakan 30 pasang baju kurung berbeza, setiap hari.

Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 43, berkata ia lebih kepada cabaran untuk dirinya sahaja kerana sebelum ini pernah melakukan perkara sama.

Justeru, pelantun lagu Dag Dig Dug itu menyuarakan hasrat untuk sekali lagi mencubanya.

“Untuk Ramadan ini, saya buat cabaran 30 hari, 30 baju kurung. Ia adalah cabaran untuk diri saya sahaja, jadi saya akan pakai baju kurung berbeza setiap hari.

“Sebelum ini, saya kena pakai baju kurung setiap hari kecuali Jumaat ketika bekerja di salah satu stesen radio di Johor.

“Tak kisah raya atau tidak, hari biasa pun memang kena pakai baju kurung. Jadi, saya terfikir mencubanya semula pada Ramadan kali ini,” katanya kepada BH Online.

Biarpun pada awalnya berdepan kesukaran mendapatkan baju kurung dalam kuantiti banyak, wanita kelahiran Pontian, Johor itu akhirnya bersyukur dipertemukan dengan pengusaha butik yang banyak membantunya.

“Kalau baju sendiri memang ada, cuma saya fikir takkan nak pakai berulang kali. Tetapi, Alhamdulillah ada kawan cadangkan kepada saya pergi ke Butik Alfaro.

“Pengusaha butik sangat mengalu-alukan hasrat saya menjayakan cabaran 30 hari bersama 30 baju kurung. Akhirnya, butik ini menaja 30 baju kurung yang sudah siap kepada saya.

“Pada awalnya, saya ingat pengusaha butik hanya beri pinjam dalam Ramadan, rupa-rupanya mahu menghadiahkan kepada saya. Jadi, saya akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan cabaran ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Haiza menganggap ia adalah satu kempen yang sesuai dijalankan kerana membantu menghidupkan suasana sepanjang Ramadan tahun ini.

“Tak kira sama ada saya bekerja atau berada di rumah, saya memang akan pakai baju kurung selama 30 hari sepanjang Ramadan ini.

“Sebelum ini, ada orang buat 30 hari, 30 juzuk al-Quran, tetapi tak semua suka ceritakan kepada umum. Jadi, saya fikir 30 hari bersama 30 baju kurung antara kempen yang sesuai dijalankan,” katanya.

Mengulas jadual kerja sepanjang Ramadan ini, Haiza berkata, dia agak sibuk dengan beberapa program dan merancang menganjurkan majlis berbuka puasa.

“Selain program radio, saya terbabit dengan pelbagai persembahan. Itu antara aktiviti yang dilakukan setiap hujung minggu.

“Sekarang, saya dan pasukan sedang merancang mengadakan majlis berbuka puasa. Ia adalah perkara wajib yang mesti saya lakukan. Saya suka anjurkan majlis kerana mahu bertemu dengan rakan lama.

“Saya akan jemput anak-anak yatim atau asnaf untuk menyertai majlis. Waktu ini jugalah saya mahu mengambil peluang kumpul pahala dan berkongsi dengan rezeki mereka yang memerlukan,” katanya. BH

Cabaran 30 Ramadhan, 30 baju kurung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker