Ah long masuk kampung buru peminjam, ugut keluarga

Sebaran :

KOTA BHARU: Kehidupan penduduk Kelantan tidak lagi tenteram kebelakangan ini apabila kumpulan ah long dikatakan sanggup masuk ke ceruk kampung sekitar daerah ini, Pasir Mas dan Jeli bagi mengesan peminjam yang gagal membayar hutang.

Difahamkan, individu yang meminjam wang daripada ah long bukan sahaja golongan peniaga dan bekerja sendiri, malah ada dalam kalangan penjawat awam yang mendakwa mereka terkesan ketika musim pandemik.

Kumpulan ah long terbabit dikatakan mengugut keluarga peminjam, terutama golongan warga emas yang tinggal bersendirian di kampung-kampung yang tidak tahu menahu tentang pinjaman tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi berkata, beliau kini menerima sehingga 20 panggilan sehari daripada individu di Kelantan yang mengadu berdepan masalah dengan ah long.



Katanya, rata-rata peminjam berkenaan sebenarnya sudah menjelaskan hutang tersebut, namun masih diburu ah long yang menuntut ‘bunga’ dengan kadar yang mencecah ribuan ringgit.

“Saya kecewa ah long sekarang bukan sahaja beroperasi di bandar-bandar besar, tetapi sudah berani masuk ke kampung-kampung, menerjah rumah penduduk tanpa mengira masa termasuk rumah warga emas.

“Ada dalam kalangan mangsa dikatakan hanya meminjam RM800 tetapi dipaksa membayar balik sehingga RM3,000. Dia yang gagal membayar jumlah itu menerima ugutan bunuh menerusi sistem pesanan ringkas (SMS),” katanya ketika melawat keluarga salah seorang mangsa di sini semalam.

Samsudin dalam pada itu menyeru orang ramai yang berdepan masalah itu segera membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlaku perkara tidak diingini terhadap mereka atau keluarga masing-masing.



“Kita sanggup bekerjasama dengan polis termasuk mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan ah long yang masuk ke kampung-kampung. Semuanya berada dalam simpanan dan bila-bila masa kita boleh sediakan. Kumpulan ini berlindung di belakang gengster tempatan digelar ‘ayahanda’. Sebab itu berani seolah-olah kebal sangat,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa mahu dikenali sebagai Midi, 34, berkata, dia meminjam RM300 daripada sebuah syarikat pemberi pinjaman untuk membuat modal membaiki telefon pintar kerana tiada wang selepas diberhentikan kerja tahun lepas.

“Selepas berjumpa secara bersemuka, ah long meminta saya menunjukkan di mana rumah saya sebelum menyerahkan wang. Saya mahu pinjam RM300 tapi hanya terima RM200. Saya diberi tempoh dua hari untuk membayar balik pinjaman berjumlah RM300.

“Saya dikehendaki bayar faedah RM200 sehari sebab gagal bayar dalam tempoh itu. Dengan pinjaman yang asalnya cuma RM300 ini, keluarga saya sekarang sudah bayar mereka hampir RM8,000 namun sehingga sekarang mereka masih kacau kami di rumah,” katanya.



Seorang peniaga di Pasir Mas dikenali sebagai Kak Mah, 36, berkata, dia bukan sahaja diganggu di rumahnya, malah diugut bunuh oleh ah long kerana gagal membayar balik pinjaman wang sebanyak RM500.

“Bimbang dengan keselamatan keluarga saya di kampung, saya telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas baru-baru ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Ah long masuk kampung buru peminjam, ugut keluarga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle


Sebaran :

Leave a Reply