#PRNMELAKA2021 : Sulaiman Pertahankan Kerusi DUN Lendu

Oleh ustaz Jeff

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Md. Ali sah akan mempertahankan kerusi N04 Lendu dalam Pilihanraya Negeri Melaka pada 20 November 2021 ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Pilihanraya BN Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dalam siding media di WTC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Selain Sulaiman tiga lagi penyandang akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Datuk Muhammad Jailani bin Khamis (N016 Rembia), Datuk Rahmad Mariman (N18 Ayer Molek) dan Datuk Zaidi Attan (N26 Serkam).

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Sulaiman semalam, beliau berharap semua penyandang yang tidak tercalon agar terus istiqomah berjuang bersama parti dan menyokong calon-calon yang diketengahkan sebagaimana mereka dahulu menyokong untuk menangkan BN dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker