#PRNMELAKA2021 : Sah Rauf Calon Tanjung Bidara

Oleh Zamjekk

Masjid Tanah – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh sah menjadi calon Barisan Nasional (BN) di N.02 Tanjung Bidara dalam Parlimen Masjid Tanah.

Ab Rauf yang mempunyai daya tarikan tersendiri didalam karier politiknya dijangka dapat menarik sokongan yang lebih kuat kepada UMNO di Tanjung Bidara khasnya dan negeri Melaka amnya.

Dengan kredibiliti yang ada pada beliau dan ketegasan dalam membuat sesuatu keputusan dalam parti membuatkan rakan-rakan serta ahli parti sangat menghormati beliau selaku peneraju parti UMNO dan Barisan (BN) di Melaka.

Beliau pernah menjadi setiausaha kerja UMNO Malaysia.  Kini Rauf merupakan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah dan pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka selama 16 bulan lalu.

Sehubungan dengan itu, kesemua 28 calon Barisan Nasional dikehendaki menandatangani surat akujanji yang membolehkan mereka disaman kerana melakukan kesalahan perjanjian kontrak sekiranya melompat ke parti lain selepas memenangi PRN Melaka.

Barisan Nasional juga mengemukakan 86 peratus muka baharu dengan hanya mengekalkan hanya 4 calon yang bertanding di PRU 14 lepas.

Kesemua calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional berumur 50 tahun ke bawah bagi memenuhi aspirasi pengundi yang mahukan calon muda.

Empat calon wanita dari UMNO dan satu calon wanita dari MCA menjadikan jumlah calon wanita Barisan Nasional adalah seramai 5 orang.

Dalam pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional, UMNO meletakkan 20 calon, MAC meletakkan 7 calon manakala MIC meletakkan 1 calon.

Kelainan calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional pada PRN Melaka 2021, pasti akan mendapat sokongan yang jitu dari pengundi Melaka bagi membolehkan Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri yang stabil di negeri Melaka.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker