Padah tipu syarikat insurans

BUTTETWORTH – Dua lelaki berdepan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Munisipal Seberang Perai di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu tuntutan insurans sebanyak RM500,000 pada April 2019.

Tertuduh, Muhammad Akmal Aliff Omar, 29 dan Muhamad Rizal Ahmad, 34 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Butterworth, Nigel Jirin.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama telah menipu syarikat The Pacific Insurance Bhd yang mendorong syarikat itu untuk membuat bayaran tuntutan insurans sebanyak RM500,000 atas tuntutan kemalangan yang tidak wujud.



Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 April 2019 di The Pacific Insurance Bhd, 40-01, Q Sentral, 2A, Jalan Steen Sentral 2, Kuala Lumpur.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 atau Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun sama.

Mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan bersalah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala Muhammad Akmal Aliff dan Muhamad Rizal tidak diwakili peguam.



Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 November depan.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker