Nicole Wong dilantik Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur?

APABILA kita bersuara dalam isu ini, ada mulut-mulut yang mempertikai kenapa bersungguh serang Nicole dari MCA ini, “dia bukannya sesiapa pun”.

Ya, memang dia bukan wakil rakyat atau menteri. Tetapi beliau adalah anggota Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu jawatan yang lebih berimpak dan dekat dengan polisi, dasar-dasar dan keputusan-keputusan dalaman DBKL itu sendiri.

Tipulah jika ada yang berhujah “dia sekadar penasihat sahaja” untuk mempertahankan beliau. Takanlah jawatan beliau itu hanya sia-sia, jika begitu? Takkan ‘free-free’ sahaja jadi anggota Lembaga Penasihat sebuah agensi kerajaan yang besar sebegini?

Persoalannya, siapalah yang melantik beliau ini? Apakah ini satu lagi ‘jawatan tradisi’ yang dikhususkan kepada MCA? Sepatutnya jawatan penasihat berilah kepada penjawat awam yang berpengalaman atau pakar-pakar yang berkaitan berdasarkan kebolehan dan ‘track record’.

Takkan semua benda dalam agensi kerajaan mahu diisi oleh orang politik? Bukan sahaja orang politik biasa-biasa, tetapi yang merapu-rapu sahaja selalunya.

Contoh yang merapu, Nicole inilah. Dan tidak silap saya, beliau ada lagi jawatan-jawatan di agensi kerajaan lain yang dilantik atas kapasiti lantikan politik.

Sekali lagi, kami beri amaran kepada Menteri Wilayah, jika isu larangan arak ini ada ‘U-turn’ dan ‘flip-flop’, maka nantikan kemarahan rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam yang sekian lama menantikan pelaksanaan larangan ini.

Ingat, kamu berkhidmat untuk masyarakat yang inginkan kesejahteraan, bukannya demi MCA apatah lagi demi taikun-taikun penjual arak.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
5 November 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Lim Guan Eng Kalah Debat Dengan Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker