Ivermectin selamat untuk manusia, rawat Covid-19 belum diketahui kesannya

PETALING JAYA: Ivermectin selamat digunakan kepada tubuh badan manusia walaupun keberkesanan untuk merawat jangkitan Covid-19 masih menjadi tanda tanya dalam masyarakat umum.

Menurut Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am, Dr. Hanafiah Bashirun, Ivermectin sudah digunakan terhadap manusia sejak tahun 1980 untuk merawat penyakit parasit.

Katanya, ubat Ivermectin tidak biasa digunakan di Malaysia disebabkan jangkitan parasit melibatkan manusia yang bukan berada di negara ini sebaliknya banyak berlaku di Afrika Selatan.

“Memang betul ubat Ivermectin asalnya untuk merawat penyakit parasit melibatkan haiwan, tapi jangkitan parasit pernah melibatkan manusia.

“Sebagai contoh, kita menceritakan penyakit denggi kepada penduduk Iceland. Sudah tentu penduduk di sana tidak biasa dengar tentang penyakit itu kerana penyakit demam denggi tidak biasa berlaku di sana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini memberitahu, hasil kajian ujian keberkesanan rawatan Covid-19 menggunakan Ivermectin akan dibentangkan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalai Peariasamy kepada umum pada minggu depan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 dalam kajian atau percubaan klinikal saja.

Dalam pada itu, Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, penggunaan ubat ivermectin tidak digalakkan sekiranya mendatangkan kesan buruk kepada manusia.

“Ketika ini, tiada kajian besar melibatkan manusia untuk mengetahui keberkesanan terhadap Covid-19 dan kesannya kepada manusia.

“Sekiranya hasil kajian ujian keberkesanan Covid-19 seperti yang disebut Khairy berkesan untuk merawat Covid-19 dan mendatangkan kebaikan kepada manusia, saya galakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, tiada masalah kesihatan sekiranya ivermectin digunakan kepada manusia.

“Pengambilan ivermectin sama seperti makan panadol ketika demam, tiada masalah. Namun, kita tidak tahu lagi kesan ubat tersebut terhadap Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Ivermectin selamat untuk manusia, rawat Covid-19 belum diketahui kesannya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Cetus Huru Hara Tikam Orang Ramai Hingga 17 Cedera [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker