Disneyland Shanghai tutup akibat satu kes COVID-19 baharu

Disneyland Shanghai tutup akibat satu kes COVID-19 baharu

BEIJING: Disneyland Shanghai ditutup hari ini berikutan satu kes COVID-19 baharu.

Pihak berkuasa China meneruskan strategi sifar jangkitan mereka menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk.

China berjaya mengurangkan kebanyakan kes domestik, namun berlaku peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia menguji keazaman Beijing yang mahu menghapuskan wabak COVID-19 kerana kebanyakan negara lain sudah mula membuka sempadan.

Terdapat 92 kes baharu dilaporkan hari ini – tertinggi sejak pertengahan September.

Taman tema keriangan itu ditutup selepas seorang wanita yang berkunjung ke situ disahkan positif wabak itu selepas pulang ke rumah.

Tarikh pembukaan semula masih belum disahkan.

Taman itu mula menghalang pelawat baharu masuk semalam, dengan semua orang di taman itu perlu mengambil ujian COVID-19 sebelum pulang.

Hampir 34,000 orang diuji pada pagi Isnin bagaimanapun semua mereka disahkan negatif, kata kerajaan. – AFP

Disneyland Shanghai tutup akibat satu kes COVID-19 baharu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker