Pelepasan karbon per kapita Malaysia lebih tinggi dari China

Pelepasan karbon per kapita Malaysia lebih tinggi dari China

Pada kadar 7.2 tan per orang, pelepasan karbon per kapita rakyat Malaysia lebih besar daripada pengeluar gas karbon dioksida terbesar di dunia, China.

Sebagai perbandingan, pelepasan karbon per kapita untuk China ialah 7 tan per kapita, manakala Amerika Syarikat mengeluarkan 15 tan per kapita.

China menyumbang kira-kira satu perempat daripada pelepasan karbon tahunan dunia, diikuti Amerika Syarikat (11.84 peratus), India (6.84 peratus), Rusia (4.07 peratus) dan Indonesia (3.84 peratus).

Ini menurut laporan penilaian perubahan iklim terhadap 193 negara yang dikumpulkan oleh Financial Times.

Data daripada agensi Climate Watch dan Agensi Tenaga Antarabangsa itu dibentangkan sempena Persidangan Perubahan Iklim (COP26) di Glasgow, Scotland.

COP ialah singkatan kepada Conference of Parties, merujuk kepada kerajaan-kerajaan yang menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim.

COP membawa delegasi bersama setiap tahun untuk membincangkan cara bersama menangani perubahan iklim.

Antara penyelesaian disaran, semua negara harus komited dalam langkah sedia ada bagi mengehadkan tahap kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah.

Pelepasan karbon di Indonesia paling tinggi di Asia Tenggara

Walaupun Indonesia mengeluarkan paling banyak karbon di Asia Tenggara, daripada segi per kapita, ia jauh lebih baik daripada Malaysia pada tahap dua tan per kapita, atau hampir empat kali ganda kurang bagi setiap orang.

Dari segi pelepasan karbon per kapita, Brunei mendahului carta di Asia Tenggara dengan 16.7 tan per kapita, dua kali ganda berbanding Malaysia.

Bagaimanapun, ini mungkin disebabkan populasinya yang kecil iaitu hanya 437,483.

Ini diikuti oleh Singapura, sebuah negara dengan populasi 5.69 juta, mengeluarkan 8.4 tan karbon per kapita.

Malaysia berada di tempat ketiga di rantau ini dengan 7.2 tan per kapita, diikuti Thailand pada 3.5 tan per kapita, Vietnam (2.5 tan), Laos (2.5 tan), Indonesia (2 tan) dan Myanmar (0.6 tan). Mk

Pelepasan karbon per kapita Malaysia lebih tinggi dari China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker