Semak kadar gaji minimum

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menilai semula paras gaji minimum bagi menangani isu pencarum yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai persedia­an berdepan status negara tua.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dr. Abd. Halim Husin berkata, langkah tersebut juga persediaan mengelak pertambahan gelandangan dalam kalangan warga emas pada masa akan datang.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil termasuklah menilai semula paras kadar gaji minimum bagi membolehkan rakyat mencarum dan membuat simpanan lebih banyak untuk kegunaan pada masa depan.



“Paras kenaikan gaji tidak selaras dengan kenaikan harga barang pada masa ini. Jadi bagaimana mahu ada lebihan untuk dijadikan simpanan? Kalau tengok 25 tahun dulu gaji graduan RM1,500 dan sehingga sekarang pun perubahan tidak banyak.

“Tetapi harga barang dan harga rumah sangat tinggi. Jadi bagaimana? Justeru, perkara asas perlu ditangani terlebih dahulu iaitu mengkaji semula kadar paras gaji minimum,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Strategi KWSP, Nurhi­sham Hussein yang mendedahkan nisbah pencarum Melayu mewakili 74 peratus daripada 5.9 juta pencarum yang baki simpanan kurang RM10,000.

Bagi pencarum KWSP berbangsa Cina, sebanyak 13 peratus memiliki baki simpanan kurang RM10,000 manakala India pula sebanyak tujuh peratus.



Daripada angka tersebut, secara keseluruhannya 46 peratus daripada ahli KWSP iaitu 5.9 juta memiliki baki simpanan kurang RM10,000 setakat 30 September lalu.

Dalam pada itu, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Datuk Munirah Abdul Hamid berkata, sikap dan cara perbelanjaan penting bagi memastikan individu mempunyai simpanan yang cukup, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi gelandangan.

“Masalah gelandangan bukan hanya kerana simpanan yang tidak cukup semata-mata. Ada pelbagai punca lain. Mungkin disebabkan keluarga, ataupun masalah kemiskinan bandar.

“Selain itu, kita perlu lihat cara seseorang berbelanja dan ia akan menentukan sama ada mereka mampu menguruskan kewangan atau menyebabkan kesempitan pada masa akan datang,” jelasnya. – UTUSAN



 

Semak kadar gaji minimum


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker