Rombongan Musa ditahan di laluan ke Istana Negeri

Musa Aman bersama rombongannya ditahan di laluan ke Istana Negeri petang tadi.

Rombongan lebih 10 kenderaan itu ditahan di sekatan polis berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana pada kira-kira 3.50 petang.

Belum dapat dipastikan tujuan rombongan berkenaan, namun Musa pada sidang media sebelum itu mengumumkan beliau mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran Ketua Menteri Shafie Apdal memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker