Tukar agama, Majlis Ulama Indonesia mohon Sukmawati tidak hina Islam

Sebaran :

Sukmawati memeluk agama Hindu Rabu lalu sempena ulang tahunnya yang ke-70. – Suara.com

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta anak perempuan Presiden pertama Indonesia, Diah Sukmawati Soekarnoputri untuk tidak menghina atau mencerca agama Islam, lapor laman berita Suara.com.

Sukmawati yang menjalani upacara menukar agama daripada Islam kepada Hindu pada Rabu lalu mendapat perhatian umum.

MUI melarang Sukmawati daripada menghina atau merendahkan kepercayaan lamanya selepas memeluk agama Hindu.

Ketua MUI, Anwar Abbas menggesa Sukmawati untuk lebih fokus dalam menjalani kehidupan hariannya sebagai penganut agama Hindu.



“Memandangkan Puan Sukmawati sudah memeluk agama Hindu, maka jadilah penganut Hindu yang baik,” kata Anwar.

Anwar menyarankan agar wanita berusia 70 tahun itu supaya lebih fokus dengan agama baharunya dan boleh menghormati berbilang agama.

“Puan sekarang sudah tidak lagi beragama Islam jadi puan teruskanlah fokus dengan agama baharu. Kami sebagai umat Islam akan menghormatinya,” kata Anwar. – AGENSI

Tukar agama, Majlis Ulama Indonesia mohon Sukmawati tidak hina Islam



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada berita gembira kerjasama UMNO, Pas, Bersatu – Tuan Ibrahim


Sebaran :

Leave a Reply