Penjawat awam enggan divaksin diambil tindakan bermula esok

Penjawat awam enggan divaksin diambil tindakan bermula esok

Dikenakan tindakan tatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Itu antara tindakan tegas yang bakal diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang masih enggan mengambil vaksin Covid-19 tanpa sebarang alasan kesihatan, bermula esok.

Tindakan itu dibuat selaras dengan arahan dikeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Oktober lalu.

Pekeliling ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman itu jelas menyatakan, penjawat awam yang tidak mematuhi arahan daripada ketua jabatan untuk mendapatkan dos vaksin Covid-19 selepas 1 November boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Menurut pekeliling itu lagi, langkah berkenaan diambil bertujuan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap optimum.

Pekeliling tersebut turut menyatakan bahawa penjawat awam tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U.(A) 395/1993].

PU(A) 395/1993 memperuntukkan tujuh hukuman tatatertib yang boleh dikenakan kepada pegawai awam yang didapati melakukan kesalahan, iaitu amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan)

Statistik terkini dikeluarkan JPA setakat semalam mendapati, seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan. K Online

Penjawat awam enggan divaksin diambil tindakan bermula esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker