Pasangan ‘kulum aiskrim’ depan gereja dituduh cuba hina agama

Foto aksi tidak senonoh pasangan ini yang menjadi tular di laman sosial. – Twitter

 

MOSCOW – Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan selepas gambar mereka sedang melakukan hubungan intim  di hadapan sebuah gereja tersebar di media sosial bulan lalu, lapor laman berita Wionews semalam.

Ruslani Murojonzod dan pasangannya, Anastasia Chistova memuat naik gambar yang memberi gambaran  sedang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Dalam gambar itu juga, Chistova dilihat sedang memakai jaket polis. Gambar itu dirakam dengan berlatarbelakangkan bangunan gereja Red Square di Moscow.

Selepas foto tersebut tular, pasangan itu ditahan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan majoriti penduduk di negara itu.

Malah, sekumpulan pakar menuduh bahawa perbuatan tersebut dibuat dengan niat ‘menghina agama’.

Pasangan itu merupakan yang pertama dipenjarakan di bawah undang-undang tersebut yang diluluskan pada 2013.

Sebelum ini, seorang bintang platform perkongsian video lucah OnlyFans, Bunny menjadi tular kerana mendedahkan payudaranya berdekatan gereja St Basil.

Biarpun telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menimbulkan kemarahan orang ramai atas tindakan tersebut, Bunny masih menghadapi kemungkinan pendakwaan bagi kes itu. – AGENSI

Pasangan buat hubungan intim depan gereja dituduh cuba hina agama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker