11 maut kenderaan terjunam gaung di Uttarakhand [VIDEO]

PASUKAN penyelamat menjalankan operasi menyelamat di lokasi kemalangan. – AGENSI

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kenderaan terbabas dari jalan pergunungan lalu terjunam ke dalam gaung di Uttarakhand, utara India.

Lapor Xinhua, seorang pegawai di Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Uttarakhand memaklumkan kemalangan itu berlaku di daerah Chakrata, Dehradun.

Pegawai tersebut berkata, pasukan penyelamat dan polis sudah tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

Menurut polis, kenderaan itu dalam perjalanan dari kampung Byla di Bharam Khat, Chakrata menuju ke Vikasnagar.

Ketika kejadian, pemandu terbabit secara tiba-tiba hilang kawalan kenderaan dipandu lalu terbabas ke dalam gaung.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Polis mendaftarkan kes ini dan mengarahkan satu siasatan bagi mengesan punca kemalangan tersebut. – AGENSI

11 maut kenderaan terjunam gaung di Uttarakhand


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker