Penyelia pasar raya jadi mangsa peras ugut video bogel

Penyelia pasar raya jadi mangsa peras ugut video bogel

KLANG – Seorang penyelia pasar raya menjadi mangsa sindiket pemerasan ugut video bogel selepas diminta membuat pembayaran RM2,000 hingga RM5,000, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku pada 22 Oktober lalu selepas mangsa berusia 23 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, mangsa kemudian dihubungi seorang lelaki tidak dikenali menggunakan nombor telefon sama digunakan wanita tersebut.

“Mangsa diugut selepas suspek mendakwa mempunyai gambar dan video lelaki itu dalam keadaan tidak berpakaian.

“Justeru, mangsa perlu membayar sejumlah wang kepada suspek bagi memadamkan gambar dan video tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, modus operandi suspek meminta mangsa menghubungi wanita menerusi panggilan video untuk berbual sebelum diminta melakukan perbuatan lucah.

“Suspek kemudiannya merakam perbuatan mangsa sebelum membuat pemerasan bagi mendapatkan wang,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya menerima 35 laporan polis berkaitan kes pemerasan video bogel melibatkan 18 tangkapan.

Kes disiasat mengikut 384 dan 385 Kanun Keseksaan. K Online

Penyelia pasar raya jadi mangsa peras ugut video bogel


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker