Berhati Hati….Ketahui 10 Fakta Aktiviti Ah Long Di Malaysia

Berhati Hati….Ketahui 10 Fakta Aktiviti Ah Long Di Malaysia

NEGARA kerugian lapan juta dalam tempoh kurang dua tahun disebabkan isu Ah Long yang setakat ini semakin hari semakin rakus mengaut keuntungan.

Perkembangan teknologi membuka peluang kepada Ah Long ini untuk terus mencari untung namun kekal terselamat daripada tindakan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, realitinya sudah banyak nasihat dihebahkan, namun masih ramai yang dilihat menjadi mangsa kepada sindiket lintah darat ini.

Mereka mendakwa tidak sedar bahawa “pemberi pinjaman” tersebut adalah Ah Long sehingga menerima pelbagai ancaman serta ugutan apabila gagal membuat bayaran.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Ah Long di Malaysia sebagai peringatan untuk elak diri terperdaya.

1- Mendakwa menyediakan pinjaman kerajaan atau pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan pinjaman di sosial media.

2- Pendaftaran menggunakan WhatsApp atau hanya perlu muat turun aplikasi yang disediakan.

3- Mencuri data daripada telefon peminjam yang memuat turun aplikasi mereka.

4- Menjanjikan pinjaman mudah dan pantas – dalam 10 minit kelulusan diberi, dan mereka hanya perlukan gambar MyKad dan selfie peminjam.

5- Mengenakan bayaran bunga mengikut jumlah hari peminjam lewat bayar.

6- Minta untuk pegang kad bank (ATM) si peminjam.

7- Tiada surat perjanjian.

8- Mengenakan pelbagai jenis yuran seperti perundangan. Hanya tiga jenis fi yang dibenarkan iaitu wang proses, yuran poses dan duti stem.

9- Peminjam disuruh untuk membuat bayaran secara mingguan.

10- Peminjam yang gagal membayar balik pinjaman akan dimalukan, antaranya dengan cara gambar mereka disunting dengan gambar dan mesej lucah sebelum diviralkan kepada keluarga, rakan-rakan dan sosial media. Mereka juga memaksa peminjam supaya lakukan kerja khianat kepada peminjam lain yang gagal membuat bayaran.-mSTAR

Berhati Hati….Ketahui 10 Fakta Aktiviti Ah Long Di Malaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker