Linda Rafar kini berniqab?

Sebaran :

Linda Rafar kini berniqab?

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah mencuri perhatian netizen apabila telah berkongsikan gambar dirinya kini yang tampil berniqab.

Melihat perkongsian yang dibuat olehnya di laman Instagram, dia berkata kini masih lagi dalam proses untuk berniqab sepenuhnya, malah tujuan perkongsian berkenaan adalah salah satu promosi untuk produk terbaru daripadanya iaitu keluaran niqab.

“Doakan yang terbaik itu je saya boleh cakap, nak membuat pengesahan mengenai perkara tersebut, saya belum boleh janji sebab masih dalam proses dan ia juga salah satu promosi produk terbaru daripada saya,” perkongsian Linda



Linda berkata, perubahan ini berlaku secara tiba-tiba setelah dia melancarkan produk terbaru ini, dan rata-rata memberikan sokongan yang baik setelah melihat perubahan baru daripadanya ini.

“Benda ni datang secara tiba-tiba, daripada kita pakai pelitup muka, lebih baik saya pakai niqab dan keluarkan produk ini.

“Kebanyakkan ramai yang suka bila melihat saya pakai niqab, banyak pujian yang diterima, macam sebelum ni pun di majlis saya memang dah pakai tapi bila selepas tu, saya fikir lebih baik saya teruskan memakai niqab,” luahnya.

Difahamkan, Linda ada berjumpa dengan seorang ustaz dan bertanyakan pendapat berkenaan niatnya untuk memakai niqab.



“Ustaz tu terangkan pada saya, niqab ni tidak diwajibkan untuk pakai, yang wajib adalah bertudung, tapi kalau nak pakai niqab itu adalah tambahan buat kita, macam bonus lebih la,” katanya pada Waaw.my.

Menurut Linda lagi, suaminya Syed Aiman juga bersetuju dan menyarankan dia untuk mengenakan niqab untuk masa akan datang kerana dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“saya selalu pergi majlis ramai orang, dan antaranya ramai juga golongan lelaki yang melihat, justeru itu saya mengambil keputusan untuk berniqab dan suami saya pun setuju untuk pakai niqab,” luahnya pada Waaw.my.

Meskipun belum sepenuhnya berniqab, namun dia mengharap agar peminatnya mendoakan agar dia kekal iqtiqomah dalam apa yang dilakukan kini.



Malah dia mendakwa setelah memakai niqab, dia kini merasa lebih tenang malah hubungannya bersama dengan suami juga dilihat lebih mesra dan dilimpahkan rezeki yang luar biasa katanya.

“saya rasa gembira bila pakai ni, hati tu tenang je bila pakai niqab, tak ada pun rasa macam kalau pakai ni, orang akan kata tak tahu nak berfesyen atau cari rezeki

“selain itu, rezeki juga luar biasa, tiba-tiba datang rezeki tanpa diduga dan macam kasih sayang dengan suami tu, dia lebih sayangkan kita pula bila melihat perubahan ini,” ujarnya. Wy

Linda Rafar kini berniqab?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?


Sebaran :

Leave a Reply